Sejak 11 Jun lalu iaitu hampir 7 bulan yang lalu, Malaysia telah digemparkan dengan tularan video berunsur “seks sejenis (semburit)” yang dikaitkan dengan seorang pemimpin politik negara.
Sekitar 1.25 pagi itu, beberapa wartawan dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana klip video berkenaan dikongsikan.
Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet berkenaan.
Sejak daripada itu telah ada pelbagai gesaan dan komen daripada pelbagai pihak berkenaan kesahihan, pengedaran dan juga pengecaman individu-individu yang dinyatakan dalam video itu.
Ia mencakupi satu “pengakuan” salah seorang individu yang mengakui terlibat dalam adegan “seks sejenis (semburit)”, melalui tularan satu lagi video “pengakuan” di media massa internet pada 12.06.2019
(Link Laporan : https://www.youtube.com/watch?v=GBTtBmidrxQ)
Kewujudan laporan polis oleh pelbagai pihak termasuk pihak yang rapat dengan pemimpin yang dikaitkan itu, yang mendakwa kewujudan “konspirasi jahat” dalam tularan Video berkenaan.
Menurut Peguam Kanan Tuan Haniff Khatri Abdulllah, ketelusan siasatan melalui pendedahan maklumat perkembangan dari masa ke semasa, semestinya akan dapat hindarkan persepsi salah di kalangan segelintir masyarakat yang seringkali mencari ruang dan luang untuk mengenengahkan konsep-konsep salah berhubung fantasi “konspirasi politik”, tanpa berlaku adil kepada pihak penguatkuasa keadilan sepeti polis ataupun Pejabat Peguam Negara.
Tambahnya sememangnya, pada 20.11.2019 dan kemudiannya pada 06.01.2020, pihak polis telah memberikan perkembangan siasatan dan telah seperti yang dilaporkan media bertajuk “AG, polis akan buat kenyataan bersama isu video kaitkan Azmin” telah memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sebagai berkata berhubung perkembangan lanjut siasatan kes video seks sejenis.
“Betul, kita telah terima laporan pakar hujung tahun lepas, dan kertas siasatan pun dah dihantar kepada pihak AG. Dan pihak AG akan buat kenyataan media bersama-sama PDRM dalam masa terdekat,” katanya.”
Pada hari ini, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas telah mengeluarkan kenyataan rasmi setebal tiga muka surat bertajuk “Kes video intim Sandakan: Tiada pertuduhan, forensik gagal kenal pasti suspek” di mana Tommy Thomas telah dipetik berkata.
“Peguam Negara Tommy Thomas mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dibuat daripada video seks kontroversi yang dikaitkan dengan personaliti politik”.
Ujar Tuan Haniff dalam kenyataan medianya hari ini, Tan Sri Tommy Thomas berkata, pakar forensik AS “gagal” mengenal pasti individu dalam video berkenaan kerana resolusi rendah.
“Tan Sri Tommy, susulan itu, timbalan pendakwa raya telah sebulat suara mengesyorkan kepadanya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan”, katanya.
“Sememangnya, kuasa pendakwaan dalam mana-mana kes jenayah adalah kuasa mutlak Peguam Negara menurut peruntukan perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan”.
Namun menurut Tuan Haniff, apa yang lebih penting yang masih tidak terjawab dalam ketiga-tiga muka surat kenyataan Peguam Negara itu, adalah persoalan-persoalan berikut.
Tambah Tuan Haniff walau apa sekalipun rentetan peristiwa berhubung kewujudan dan tularan Video “seks sejenis (semburit)”, apa yang pasti dari segi perundangan.
Jika video itu didapati sahih dan identiti kedua-dua individu di dalam video itu pun dapat dikenalpasti secara sahih di sisi undang-undang, maka akan mendedahkan pihak-pihak berkenaan kepada pertuduhan jenayah di bawah seksyen 377A dan boleh dihukum di bawah seksyen 377B kanun keseksaan, iaitu melakukan jenayah “seks di luar tabii”.
Dan jika sebaliknya video itu didapati sebagai satu perbuatan ataupun gubahan jahat maka ia akan mendedahkan pihak-pihak terbabit kepada pertuduhan jenayah “konspirasi” di bawah seksyen 120A kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah 120B kanun keseksaan dan/atau “fitnah jenayah” di bawah seksyen 499 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 500 kanun keseksaan.
Jelas beliau secara alternatif atau sebaliknya, video itu dicipta dan diedar bagi tujuan mengedarkan kandungan lucah ke masyarakat umum maka ia boleh mendedahkan pihak-pihak terbabit kepada pertuduhan jenayah yang berpadanan, antara lain seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.
Selain daripada kandungan perenggan 7 di atas dan ditambah pula dengan kewujudan satu “pengakuan” salah seorang individu yang mengakui terlibat dalam adegan “seks sejenis (semburit)”, melalui tularan satu lagi video “pengakuan” di media massa internet pada 12.06.2019
Rujuk : (Link Laporan : https://www.youtube.com/watch?v=GBTtBmidrxQ (supra)).
Maka persoalan penting yang tidak terjawab oleh Tan Sri Tommy Thomas dalam kenyataan rasmi itu.
“Adakah apa-apa tindakan lanjut ataupun tuduhan jenayah yang akan dibawa terhadap pihak yang telah membuat satu “pengakuan” salah di mana melalui tularan sebuah lagi video dia telah mengaku terlibat dalam adegan “seks sejenis (semburit)” samada di bawah seksyen 377A, 377B ataupun 377D kanun keseksaan, iaitu berkaitan Jenayah “seks di luar tabi’i”.
Mahupun di bawah kenayah “konspirasi” di bawah seksyen 120A kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah 120B kanun keseksaan dan/atau “fitnah jenayah” di bawah seksyen 499 kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 500 kanun keseksaan”, katanya.
Ujar beliau adakah apa-apa tindakan lanjut ataupun tuduhan jenayah yang akan dibawa terhadap pihak yang telah cipta dan tular video bagi tujuan mengedarkan kandungan lucah ke masyarakat umum.
Maka ia boleh mendedahkan pihak-pihak terbabit kepada pertuduhan jenayah yang berpadanan, antara lain seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998.
Ia adalah teramat penting bahawa mana-mana siasatan jenayah semestinya wajib selesaikan kesemua isu dan perkara yang berbangkit dari subjek perkara yang disiasat.
“Hatta, saya berpendapat bebas daripada keputusan Peguam Negara untuk tidam mendakwa mana-mana individu yang kononnya dipaparkan sebagai pelaku seks songsang dalam video “seks sejenis (semburit)” itu melalui kenyataan media pada 09.01.2020 itu, namun persoalan yang ditampilkan di Perenggan 4(a) dan (b) di atas juga wajib diselesaikan, supaya isu Video “seks sejenis (semburit)” ini dapat diselesaikan secara menyeluruh dan muktamad,agar tidak menampilkan mana-mana persoalan lanjutan mahupun persepsi negatif di kalangan kesemua Rakyat Malaysia”, katanya. –THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply