Sunday, June 16, 2024
HomeBERITA9 bulan terpisah, anak pulang buat kejutan di gerai ibu sentuh hati...

9 bulan terpisah, anak pulang buat kejutan di gerai ibu sentuh hati ramai

Apabila melibatkan hubungan yang terpisah tidak kira sementara atau selamanya, pastinya bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui.

Apatah lagi hubungan di antara ibu dan anak yang terpaksa berjauhan dek kerana tanggungjawab kerja.

Perkongsian laman Facebook Friends of PDRM yang memaparkan saat-saat menyentuh hati seorang ibu bertemu kembali dengan anaknya setelah sekian lama berjauhan.

Sediakan tisu sebelum tekan Play. Admin pun menangis masa edit Video ni.. Siapa potong bawang wei? 😭😭6 bulan dalam…

Posted by Friends Of PDRM on Sunday, 14 June 2020

“6 bulan dalam Pusat Latihan, 3 bulan PKP, tak dapat jumpa Mak dan family.. Sekali dia buat suprise datang gerai nasi Lemak Mak dia..” kongsinya bersama video berkenaan.

Admin page berkenaan sempat berpesan agar orang ramai menyediakan tisu terlebih sebelum menonton video berkenaan kerana sesiapa sahaja bakal menitiskan air mata melihat pertemuan semula ibu dan anak ini.

Bagi mereka yang belum berkesempatan berjumpa ibu dan bapa, anda boleh mengambil inisiatif lain seperti membuat panggilan video untuk melepaskan kerinduan setelah lama berjauhan.

Hargai dan kasihilah kedua ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments