Saturday, June 15, 2024
HomeBERITA81 warga Malaysia yang direpatriasi dari Itali selamat tiba di tanah air

81 warga Malaysia yang direpatriasi dari Itali selamat tiba di tanah air

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato’ Kamaruddin Jaffar dalam satu kenyataan media memaklumkan seramai 81 orang rakyat Malaysia dan tanggungan mereka yang direpatriasi dari Itali telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi hari ini (26 Mac)

Jumlah ini turut merangkumi seramai 34 orang pelajar dan lapan orang pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta ahli keluarga mereka dan kesemuanya telah dibawa pulang dengan menaiki sebuah pesawat sewaan khas Air Asia yang turut membawa seramai tujuh belas orang kru pesawat dan tujuh orang penjawat awam iaitu seorang daripada Kementerian Luar Negeri, seorang daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan lima orang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya, setiba di Malaysia, kesemua mereka akan menjalani proses kuarantin di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) selama 14 hari sebagaimana yang ditetapkan oleh KKM.

Misi repatriasi ini adalah hasil kerjasama rapat di antara Kementerian Luar Negeri, NADMA, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang berkaitan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak NADMA, KKM, Kedutaan Besar Malaysia di Rome dan Holy See serta agensi-agensi lain yang telah memberikan kerjasama yang amat yang baik dalam menjayakan misi berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments