Saturday, July 13, 2024
HomeBERITA681 PoP bakal dibina di Sarawak dalam masa tiga tahun - Annuar

681 PoP bakal dibina di Sarawak dalam masa tiga tahun – Annuar

MIRI, 8 Oktober – Dalam tempoh tiga tahun akan datang, sejumlah 681 hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP) bakal dibina di Sarawak.

Demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Kata beliau inisiatif yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1 bilion itu bakal memanfaatkan lebih 73,548 premis termasuk rumah kediaman.

Beliau berkata surat setuju terima (SST) bagi projek pembinaan PoP itu juga telah diberikan kepada sebuah syarikat tempatan di Bumi Kenyalang pada 6 Okt lepas.

Annuar berkata usaha itu diambil oleh Kerajaan Persekutuan kerana masih banyak kawasan di Sarawak yang amat memerlukan jaringan dan perkhidmatan Internet talian tetap berkelajuan tinggi.

“Dengan surat SST yang dikeluarkan, kita harap ini akan dapat membolehkan syarikat itu nanti untuk menawarkan pakej Internet berkelajuan tinggi dengan harga yang rendah iaitu serendah RM45 sebulan dengan kualiti perkhidmatan baik,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau juga berkata jarak liputan PoP adalah sekitar 3 kilometer dan mereka dalam lingkungan jarak itu dapat memanfaatkan capaian jalur lebar yang baik.

Katanya lokasi PoP juga bakal melibatkan tempat awam seperti berhampiran sekolah, premis kerajaan, kawasan perniagaan dan komersial.

Secara keseluruhan, sebanyak 4,323 PoP telah dirancang untuk dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di lokasi berhampiran sekolah luar bandar termasuk 47 di kawasan industri.

Sekurang-kurangnya 432,300 premis akan menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek ini siap menjelang akhir RMK12 iaitu pada 2025.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments