Sebanyak 5,745 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.
Dengan angka itu menjadikan jangkitan harian Covid-19 kekal di bawah 6,000 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu dijangkiti virus berkenaan ialah 2,401,866 kes.
Sehingga 19 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,745 kes (2,401,866 kes)
Kadar positif jangkitan hari ini adalah 3.77% (5,745 kes). Kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan vaksin, patuh kpd SOP & jalankan ujian RTK-Ag berkala. pic.twitter.com/vkheucFLya
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 19, 2021
“Seramai 152,478 individu disaring semalam daripada jumlah itu, sejumlah 5,745 kes dikesan positif COVID-19 iaitu 3.77 peratus kadar positiviti.
“Kesedaran orang ramai adalah amat penting untuk mendapatkan vaksin, patuh pada prosedur operasi standard (SOP) serta jalani ujian saringan menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara berkala,” katanya dalam Twitter hari ini.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply