53,785 penuntut IPT dihantar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing

0

Sejak 27 April 2020, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menghantar pulang 53,785 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) ke pangkuan keluarga masing-masing.

Semalam, seramai 1,144 pelajar melalui empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu telah selamat dihantar pulang.

Manakala hari ini dijangka kira-kira 584 pelajar akan dihantar pulang ke kampung masing-masing melalui dua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Menurut pihak KPT, kesemua pelajar yang terlibat juga akan menjalani swab test terlebih dahulu sebelum dibenarkan bergerak pulang.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Dikirim oleh RTM – Radio Televisyen Malaysia pada Selasa, 26 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply