Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITA4872 unit rumah PPR telah di nyah-cemar, Ops Sanitasi Awam akan diteruskan...

4872 unit rumah PPR telah di nyah-cemar, Ops Sanitasi Awam akan diteruskan di bawah kawal selia KPKT

Ops Sanitasi Awam akan terus dilaksanakan dibawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan segala proses nyah-cemar dilaksanakan di 56 kawasan di sembilan negeri termasuk 27 kawasan di Johor dan enam kawasan di Sarawak.

Operasi ini merangkumi 113 kawasan awam termasuk rumah ibadat, pasar awam, pasaraya dan kawasan perumahan.

Selain itu, operasi nyah-cemar ini turut dilaksanakan di 19 bangunan kerajaan, empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang melibatkan 4872 unit rumah telah selesai manakala tiga projek lagi dalam proses pelaksanaan sebanyak 4072 unit.

Memetik perkongsian Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, sehingga semalam Ops Sanitasi Awam telah dilaksanakan di tujuh projek PPR yang melibatkan 8944 unit rumah dan kawasan yang di nyah-cemar termasuklah diunit kediaman luar dan dalam surau, dewan serbaguna dan taman permainan di PPR terbabit.

*6698 telah dikuarantin di seluruh negara *

Menurut beliau, sejak semalam (05 April 2020) masih tiada isu yang berkaitan dengan pusat kuarantin dan beliau mewakili pihak kerajaan turut menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakyat yang pulang dari luar negara yang patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dengan berada dalam fasa dikuarantin selama 14 hari.

“Semalam seramai 925 orang telah pun dikuarantin di seluruh negara. Jumlah pusat kuarantin yang dibuka sehingga semalam ialah 118 pusat kuarantin.

“Seramai 6698 orang telah pun dikuarantin di seluruh negara,” ujar beliau.

Tidak hanya itu, pihak kerajaan juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia di atas bantuan pengangkutan ke pusat kuarantin dan juga usaha mereka dalam penghasilan unit peralatan perlindungan diri atau PPE bagi kegunaan “fronliners” KKM.

“Tahniah diucapkan kepada warga penjara Penor di Kuantan, penjara Kajang, penjara Pengkalan Chepa dan penjara Tapah diatas sumbangan yang amat diperlukan ketika ini,” katanya.

Bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka, yang perlu kita lakukan hanyalah patuh kepada setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan iaitu sila berada dirumah dan jarakkan diri daripada individu lain sejauh 1 meter kerana itu sahaja yang perlu kita lakukan bagi membalas jasa dan pengorbanan semua yang terlibat di dalam memastikan COVID-19 dan PKP ini dapat ditamatkan.

Seperti biasa saya akan melaporkan tentang perkembangan terkini pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hari ini…

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Senin, 06 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments