Lebih 12,000 kes penipuan kewangan dalam talian dilaporkan pada Januari-Julai

0

KUALA LUMPUR, 26 September – Sejumlah 12,092 kes jenayah penipuan kewangan dalam talian dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, dengan nilai kerugian sebanyak RM414.8 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kelicikan penjenayah siber menggunakan teknologi, selain kesedaran masyarakat masih di tahap sederhana menjadi punca kes melonjak.

Sementara itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM menggariskan tujuh bentuk jenayah utama iaitu belian dalam talian, pinjaman tidak wujud, pelaburan dalam talian, ‘Macau scam’, ‘African scam’, pintasan emel dan penipuan SMS.

“Bagi membendung kes jenayah ini dari terus berleluasa, PDRM telah bekerjasama dengan institusi perbankan dalam memastikan siasatan khususnya yang melibatkan akaun keldai dapat dilengkapkan dengan lebih cepat”, katanya.

Orang ramai diminta melaporkan maklumat berkaitan kes jenayah komersial menerusi CCID Infoline menerusi WhatsApp ke talian 013- 2111222.

Terdahulu Tan Sri Acryl Sani hadir merasmikan pameran maya Jenayah Kewangan anjuran bersama PDRM dengan Bank Negara Malaysia.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply