Saturday, July 27, 2024
HomeBERITA40 tahun berpengalaman dalam sistem keadilan, pelantikan Tan Sri Idrus Harun adalah...

40 tahun berpengalaman dalam sistem keadilan, pelantikan Tan Sri Idrus Harun adalah pilihan terbaik sebagai Peguam Negara baharu – Haniff Khatri

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menganggap perlantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara baharu merupakan pilihan terbaik.

“Dengan pengalaman selama 40 tahun dengan pelbagai jawatan dalam sistem keadilan di mahkamah serta di Pejabat Peguam Negara dan beberapa agensi lain di sektor awam, semestinya Tan Sri Idrus Harun adalah pilihan terbaik sebagai Peguam Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Sememangnya Tan Sri Idrus Harun akan memikul tanggungjawab pada masa “kanta besar” rakyat akan memerhatikan cara kendalian beliau sebagai Peguam Negara dalam kes-kes menarik yang membayangi Pejabat Peguam Negara pada masa kini.

“Kendalian lanjut kesemua kes jenayah yang telah dibawa dan sedang dibicara di mahkamah terhadap para pemimpin era Najib Razak dan Barisan Nasional, termasuk dan tidak terhad kepada bicara jenayah SRC dan 1MDB.

“Langkah lanjut berhubung pembebasann dan pelepasan 12 tertuduh yang menghadapi pertuduhan-pertuduhan jenayah terrorisme LTTE yang telah digugurkan kesemua pertuduhan oleh Tan Sri Tommy Thomas, Peguam Negara terahulu, melalui kenyataan media bertarikh 21.02.2020, iaitu 7 hari sebelum peletakan jawatannya itu.

“Langkah lanjut berhubung peranan yang akan dimainkan dalam pelaksanaan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja  (RCI) berkaitan Kehakiman yang telah diumumkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 21.02.2019, yang tidak pernah diambil tindakan lanjut oleh TAn Sri Tommy Thomas ataupun Liew Vui Keong, Menteri Undang-Undang pada ketika itu,” katanya.

Haniff Khatri menambah perkembangan lanjut dalam pelbagai Kertas Siasatan Jenayah samada jenayah kolar putih mahupun jenayah seksual terhadap pelbagai pemimpin yang masih tertangguh sehingga kini, termasuk pemimpin-pemimpin daripada kesemua pakatan politik, samada Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan.

“Walau apa sekalipun, saya mempunyai penuh kepercayaan bahawa selain daripada memainkan peranan yang penting di dalam kesemua perkara itu, Tan Sri Idrus Harun juga akan dengan serta merta kembalikan semangat dan keyakinan para pegawai di Pejabat Peguam Negara yang selama ini telahpun di”pulau”kan oleh Tan Sri Tommy Thomas melalui dasar “penswastaan” Pejabat Peguam Negara yang beliau seringkali amalkan ketika itu.

“Saya juga percaya Pejabat Peguam Negara akan kembali bertugas secara sihat, adil dan saksama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menegakkan sistem keadilan dan perundangan negara demi kepentingan Rakyat semua,” ulas beliau.

Mengulas lanjut, Haniff Khatri berkata antara tanggungjawab utama dan segera yang perlu ditangani oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8, selain daripada pembentukan jemaah menteri yang dapat meyakinkan rakyat Malaysia, perlantikan seorang Peguam Negara baharu yang berwibawa sekaligus dapat mengembalikan keyakinan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan sistem keadilan serta perundangan negara secara khusus mahupun rakyat Malaysia secara amnya

“Pada 28.02.2020 dalam negara kita menghadapi isu peralihan kuasa kerajaan, disamping Ke Bawah Duli YDP AGONG menghadapi pelaksanaan tanggungjawab baginda Tuanku di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan dalam pelantikan Perdana Menteri pada ketika itu, kita telah dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

“Saya juga sebelum telah  memberikan pendapat saya berkaitan kekhilafan Tan Sri Tommy Thomas menyamakan pelantikannya sebagai Peguam Negara pada 04.06.2018 melalui perkenan KeBawah Duli Yang di-Pertuan Agong sebagai satu “pelantikan politik”, sedangkan jawatan Peguam Negara mewajibkan pelaksanaan tugas beliau untuk memelihata keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara tanpa mengambil kita fahaman politik Kerajaan yang memerintah, mahupun fahaman politik peribadi,” ujar Haniff Khatri.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta mendoakan semoga Pejabat Peguam Negara akan kembali berada pada tahap kejayaan yang tinggi di bawah kepimpinan Tan Sri Idrus Harun.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments