Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAKopi Joss hidangan istimewa di Jogja

Kopi Joss hidangan istimewa di Jogja

Rupanya, Kopi Arang yang Belalang buat dalam filem seniman lagenda terbilang P.Ramlee iaitu Nujum Pak Belalang benar-benar wujud.

Kopi ini berbeza dengan kopi yang lain dan disajikan dengan arang bakar panas di dalamnya.

Penduduk setempat menyebutnya ‘Kopi Joss’ yang dinamakan dari bunyi ketika arang bakar panas menjunam ke dalam air panas dan anda hanya dapat menjumpai kopi istimewa ini di Yogyakarta, Indonesia.

Minum secangkir kopi semasa perut kosong memang berbahaya. Bagi mereka yang ingin mengelakkan berlakunya ‘refluks asid’, vendor di kota Yogyakarta menyatakan bahawa mereka dapat meneutralkan keasidan kopi dengan tipu daya yang unik iaitu dengan memasukkan sebatang arang panas-panas terus ke dalam gelas minuman hitam manis itu.

Ini adalah kopi arang yang dikenal di Indonesia sebagai ‘kopi joss’. 

Namanya berasal dari suara ‘mendesis’ gumpalan arang yang terbakar ketika jatuh ke dalam air.

Ada yang mengatakan minuman yang menggelegak  panas ini rasanya seperti kopi biasa, sementara yang lain menggambarkan rasa gula karamel yang nyata berbeza.

Yogyakarta (juga disebut Jogja) terletak di pulau yang memberikan nama panggilan kopinya : Jawa.

Penjajah Belanda memperkenalkan kilang kopi ke wilayah Indonesia pada abad ke-17, dan ia menguasai produksi dan pasaran global.

Ketika pulau ini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal pada abad ke-20, Jawa telah menjadi identiti dengan barangan eksport khas.

Pada tahun 1960-an, seorang pemilik kedai kopi tempatan yang hanya dikenali ‘Mr. Man’ membezakan produknya dengan menggunakan arang yang dinyalakan. 

Mr Man menambahkan arang ke dalam cawan air panas, kopi, dan gula, lalu meninggalkan minuman itu untuk menggelegak dan mendesis seketika.


Sebaik sahaja dia mengeluarkan ketulan yang disejukkan, pelanggan akan mula minum.

Pada mulanya, peminat Mr Man hanya menganggal dia hanya meraih perhatian ramai, tetapi setelah (tanpa bukti dari segi perubatan) pujian demi pujian ditambah dengan penyebaran manfaat kesihatan arang kopi, ‘kopi joss’ mendapat perhatian yang lebih luas.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments