Sunday, June 16, 2024
HomeBERITA322 pesakit COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera setakat ini

322 pesakit COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera setakat ini

Pengguna berdaftar aplikasi MySejahtera kini mencecah 15.1 juta setakat ini dan dilaporkan seramai 322 pesakit COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera setakat 16 Ogos.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan, antaranya :

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.

Terdapat dua kategori pengguna aplikasi iaitu : 

  • Rakyat Malaysia dan warga asing yang menetap di Malaysia
  • Pentadbir aplikasi di KKM

Pada dasarnya, maklumat yang dikemukakan akan digunakan untuk membantu KKM merancang dan melaksanakan tindakan yang sewajarnya.

Oleh itu, sila bersikap jujur semasa menghantar maklumat anda bagi membantu KKM memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments