Dilaporkan sehingga jam 8.00 pagi, 20 Mei, sebanyak 259 pusat kuarantin telah beroperasi berbanding 256 pada hari sebelumnya (19 Mei) melibatkan 17,449 individu yang sedang menjalani proses kuarantin wajib.
Kira-kira 252 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan terus menjalani proses dikuarantin wajib pada 19 Mei lalu.
Seramai 38,371 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, telah menjalani proses kuarantin wajib sejak 3 April lalu dan sehingga kini seramai 30,200 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan telah dibenarkan pulang.
Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat keputusan, mereka akan mengenakan caj kuarantin hotel ke atas semua individu yang memasuki Pintu Masuk Negara bermula 1 Jun depan.
Bagi Warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara ke tanah air akan dikenakan kuarantin wajib.
Mereka diminta membayar caj kuarantin hotel sebanyak 50% daripada kadar penuh iaitu separuh daripada RM150 (sehari).
Mereka hanya perlu membayar sebahagian dari caj sahaja manakala sebahagian lagi akan ditanggung oleh pihak kerajaan.
Walaubagaimanapun, bagi individu bukan warganegara Malaysia (dependant) termasuklah permastautin tetap, mereka akan dikenakan caj hotel sepenuhnya dan perlu menanggung sendiri caj sebanyak RM150 sehari.
Sidang MKN juga membuat keputusan mewajibkan semua yang ingin pulang ke Malaysia menandatangi Surat Setuju Pembayaran 50% bagi warganegara Malaysia dan 100% bayaran bagi bukan warganegara Malaysia melalui pejabat Kedutaan Malaysia yang berhampiran.
Kedutaan Malaysia juga akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk pulang ke Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pula akan mengeluarkan arahan kepada semua syarikat penerbangan bagi memastikan Surat Kelulusan dijadikan syarat kepada semua penumpang sebelum berlepas pulang ke tanah air.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply