Kira-kira 296 rakyat Malaysia yang berada di Arab Saudi bertuah apabila dipilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika ditemubual dalam Program Salam Baitullah di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.

Ujarnya, Tabung Haji (TH) akan memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah terbabit.
“Malam esok, insya-Allah saya akan mengadakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Mekah,” katanya.
Jelasnya lagi jumlah jemaah pada tahun ini melebihi daripada jumlah tahun lalu.

“Pada tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji berbanding pada tahun ini seramai 296,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan, kerajaan Arab Saudi menegaskan ibadah haji hanya bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara tersebut berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply