Saturday, May 25, 2024
HomeBERITA21 warga Malaysia mangsa penipuan pekerjaan selamat dibawa pulang

21 warga Malaysia mangsa penipuan pekerjaan selamat dibawa pulang

SEPANG, 6 Oktober  21 warganegara Malaysia mangsa penipuan pekerjaan di negara luar selamat dibawa pulang.

Ia mencakupi 14 individu yang dibawa pulang dari Kemboja dan 7 lagi dari Laos.

Kesemua individu itu tiba di KLIA 2 hari ini.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, sejak April lalu kerajaan berjaya membawa pulang seramai 273 warga Malaysia.

“Kalau dikira dari segi laporan ada 401 yang sudah diselamatkan bermakna sama ada dalam depoh pertahanan ataupun dibawa balik ialah 273, yang sedang dikesan ialah 128 orang,” kata Saifuddin.

Tambah beliau mangsa yang masih dikesan berada di 4 buah negara iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

Beliau yang mengetuai jawatankuasa khas menangani kes-kes sindiket penipuan pekerjaan telah mengarahkan ketua-ketua perwakilan Malaysia di empat negara terbabit agar melipatgandakan usaha kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam mengesan warga Malaysia yang ditipu sindiket pekerjaan.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments