Thursday, July 18, 2024
HomeBERITA2 maut MPV bertembung lori

2 maut MPV bertembung lori

Di Ipoh, Perak, dua wanita termasuk seorang remaja maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan tayar di Jalan Simpang Pulai menghala Kampung Kerawat, Simpang Pulai, di sini, hari ini.

Memetik laporan berita Harian Metro, nahas kira-kira 11 pagi itu turut mengakibatkan lelaki warga emas berusia 65 tahun yang memandu kenderaan sama parah manakala dua kanak-kanak perempuan cedera.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dibantu BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi nahas sebaik panggilan diterima 11.39 pagi tadi.

Katanya, nahas itu membabitkan Toyota Avanza dinaiki lima sekeluarga bertembung dengan lori membawa muatan tayar.

“Dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan. Mereka berdua disahkan maut oleh pihak perubatan dengan operasi tamat 1.15 tengah hari tadi.

“Toyota Avanza itu dalam perjalanan menghala ke Cameron Highland dan lori pula dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Sabarodzi berkata, seorang daripada dua wanita yang maut berusia 14 tahun, manakala dua-kanak-kanak perempuan masing-masing berusia empat dan sembilan tahun, serta pemandu MPV Toyota Avanza cedera.

Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun yang juga pemandu lori tidak cedera.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments