Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAHimpunan tolak penggabungan UMT-Unisza

Himpunan tolak penggabungan UMT-Unisza

Susulan isu penggabungan UMT-UNISZA, satu himpunan tolak penggabungan UMT-Unisza bakal dianjurkan bertempat di Dataran Canselori, Universiti Malaysia Terengganu jam 5 petang esok.

Difahamkan lebih 20,000 warga UMT dan Unisza dijangka hadir bagi menzahirkan bantahan secara aman terhadap cadangan penggabungan dua universiti itu.

Difahamkan majoriti warga UMT-Unisza tidak bersetuju dan membantah cadangan penggabungan dua universiti itu.

Ia termasuk penuntut ke dua-dua universiti berkenaan.

Menurut Wakil Pekerja UMT yang enggan identiti didedahkan, persoalan kini terarah kepada perihal nasib pekerja UMT.

“Jika gabungan ini dilaksanakan bagaimana nasib pekerja UMT dan Unisza ? Apakah pula jaminan kerajaan yang kami tidak dibuang”, katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Dalam pada itu satu solat hajat mega anjuran Pusat Islam Sultan Mahmud UMT, PISM-UMT bakal dilakukan di masjid universiti berkenaan.

“Solat hajat bakal dilakukan selepas solat Zohor dan selepas solat Isyak. Penganjurannya adalah bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan UMT agar dapat berkembang maju serta dikekalkan sebagai institusi pengajian tinggi awam memfokuskan ilmu kelautan dan sumber akuatik yang terunggul di Malaysia” kata wakil PISM kepada The Malaya Post.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments