Monday, October 21, 2024
HomeBERITA1,128 pelajar IPT bergerak pulang malam ini

1,128 pelajar IPT bergerak pulang malam ini

Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Dato’ Noraini Ahmad memaklumkan 1,128 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah KPT akan mula bergerak pulang ke kampung masing-masing malam ini.

Seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara, manakala 265 pelajar dari zon utara akan dibawa pulang ke zon tengah menggunakan bas yang sama.

“Proses penghantaran malam ini akan melibatkan sembilan buah universiti dengan menggunakan 49 buah bas ke 17 destinasi.

“Bas yang akan berlepas malam ini dijangka akan tiba ke zon utara pada jam 9.00 pagi esok.

“Setibanya di drop point iaitu di balai polis atau pejabat daerah, hanya satu ahli keluarga sahaja yang dibenarkan untuk menjemput anak-anak mereka,” ujar beliau.

Menurutnya bagi keluarga yang tidak mempunyai kenderaan pihak frontliners di daerah masing-masing akan menghantar terus ke rumah.

1,128 pelajar Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta akan mula bergerak pulang ke kampung halaman mulai malam ini.#MinDefMalaysia#COVID19

Dikirim oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada Senin, 27 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments