Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAKebakaran di Tenom, 5 sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad

Kebakaran di Tenom, 5 sekeluarga dikebumikan dalam satu liang lahad

Di Tenom lima sekeluarga yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan awal pagi semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Orang Islam Ulu Pamilaan.

Memetik laporan Bernama Jenazah Siti Khatijah Umar, 32, bersama tiga anaknya terdiri dua lelaki dan seorang perempuan, Mohd Asy Sakiran Sulaiman, 10, Mohd Zahid Hamidin Sulaiman, 9, Lai Sapura Sulaiman, 3, serta anak saudaranya Nur Safadira Suhaila, 11, dikebumikan pada jam 6.30 petang.

Suasana pilu menyelubungi suasana ketika majlis pengebumian itu, yang turut dihadiri suami Khatijah, Sulaiman Hajar, 40.

Sulaiman yang terselamat dalam insiden kebakaran itu hadir dengan keadaan kepalanya berbalut, akibat melecur.

Turut sama di majlis pengebumian ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap Datuk Peter Anthony, yang terdahulu melawat tapak rumah yang terbakar.

Kelima-lima jenazah dibawa ke kawasan tanah perkuburan menggunakan tiga kenderaan jenazah dari Hospital Daerah Tenom pada pukul 5.00 petang, untuk disembahyangkan di surau Kampung Pamilaan sebelum dikebumikan.

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments