Sunday, June 16, 2024
HomeBERITA102 zon telah disanitasi

102 zon telah disanitasi

OPS Sanitasi Awam masih lagi diteruskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 30 Mac lalu.

Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak kementerian telah melakukan 2,284 operasi sanitasi melibatkan 102 zon setakat ini.

Proses sanitasi terbabit juga dilakukan di kawasan zon merah melibatkan 27 tempat dan di antara kawasan yang disanitasi adalah sebanyak 1,446 bangunan kerajaan, 860 tempat awam, 906 pusat perniagaan dan 168 pasaraya.

Semalam sahaja (16 April 2020) sebanyak 196 OPS Sanitasi Awam yang meliputi 70 zon melibatkan 14 negeri.

Operasi berkenaan termasuk merangkumi 41 kawasan di Johor dan 21 kawasan di Kelantan melibatkan 129 bangunan kerajaan, 87 tempat awam 64 perniagaan dan 15 pasaraya telah disanitasi.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments