Saturday, May 25, 2024
HomeBERITA10,000 banjiri Sambutan Ambang Merdeka di Terengganu

10,000 banjiri Sambutan Ambang Merdeka di Terengganu

KUALA TERENGGANU 30 Ogos 2019 : Kira-kira 10,000 rakyat Terengganu membanjiri Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu seawal jam 11 malam untuk menunggu detik kemerdekaan.

Majlis Ambang Merdeka Sayang Malaysiaku dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan exco serta pegawai kanan kerajaan.

Majlis yang berlangsung meriah ini di mulakan dengan ucaptama Menteri Besar dan disusuli dengan persembahan percikan bunga api selama 10 minit sebagai simbolik kepada sambutan kemerdekaan ke-62 peringkat negeri.

Terdahulu tiga pendakwah terkenal, Ustaz Haslin ‘Bollywood’, Ustaz Syed Kadir Al-Jofry, dan Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang membuat penampilan dalam slot bicara santai sambutan malam Ambang Merdeka Sayangi Malaysiaku 2019, di Dataran Shah Bandar malam tadi.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments