Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia, Al Fatihah anak syurga….

0

Tiada perkataan dapat digambarkan dengan berita penemuan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilapor hilang sejak tengahari semalam, ditemui meninggal dunia jam 10 malam ini.

Lapor media, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai.

Dianggarkan kira-kira 100 meter dari kawasan rumah Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan kanak-kanak berkenaan sejurus Op Tutup rumah ke rumah yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula 9 malam ini.

Seramai 40 anggota polis bersama 60 penduduk setempat bekerjasama mencari di setiap 2,484 unit kediaman di 18 blok Apartmen Idaman.

Pencarian turut dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Petang semalam, The Malaya Post melaporkan berita kanak-kanak ini hilang sebaik menerima maklumat di group Whataspps silat Sekolah Kebangsaan Taman Tun (2).

Al Fatihah wahai anak syurga Zayn Rayyan…. Semoga kedua ibu bapa anak ini tabah menerima ketentuan Ilahi.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply