Friday, May 10, 2024
HomeBERITAUlek Mayang tarian tradisional Terengganu

Ulek Mayang tarian tradisional Terengganu

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat.

Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Nur Sakti dan Tarian Pulai.

Ulek Mayang juga salah satu tarian khas yang berasal dari negeri Terengganu.

Ia merupakan sejenis tarian persembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.

Sesetengah rakyat Malaysia mendakwa lagu Ulek Mayang ini berhantu oleh kerana bait-bait lirik dan asal usulnya sebagai lagu pemujaan.

Zaman dahulu, Ulek Mayang dimainkan sebagai persembahan utama di dalam upacara pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan mengubati penyakit.

Namun hari ini, tarian ini dimainkan hanya sekadar bagi persembahan budaya semata-mata.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments