Sunday, May 19, 2024
HomeBERITATidak pasti jangan sebar! Antara info palsu yang dinafikan KKMM

Tidak pasti jangan sebar! Antara info palsu yang dinafikan KKMM

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan segala pemakluman berita palsu yang telah diviral oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman media sosial.

Antara intipati yang tidak benar adalah dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan saman RM200 terhadap yang tidak memakai penutup mulut dan hidung serta saman RM300 jika menaiki kereta lebih daripada seorang.

Selain itu, PDRM juga menafikan dakwaan empat orang lelaki India positif COVID-19 yang lari dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Seterusnya, pihak Hospital Dungun memaklumkan bahawa tidak kesemua staf dikuarantinkan di hospital berkenaan seperti yang diperkatakan ramai.

Lain-lain berita palsu termasuk simptom baharu COVID-19 iaitu hilang selera makan dan hilang deria bau yang telah dinafikan oleh pihak KKM.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan juga menolak dakwaan yang mengatakan kawasan Sg. Lui, Sg. Ramal Dalam, Sg. Merah dan Jalan Kebun merupakan lokasi panas wabak COVID-19.

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.TAK PASTI JANGAN SEBAR!Suruhanjaya…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 24 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments