Friday, July 26, 2024
HomeBERITASekat kebebasan media: MCMC jawab NGO antarabangsa, RSF

Sekat kebebasan media: MCMC jawab NGO antarabangsa, RSF

CYBERJAYA, 1 Sept–Susulan kenyataan terbuka NGO antarabangsa Reporters Without Borders (RSF) yang menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil dan MCMC menghentikan sekatan terhadap laman web berita dalam talian.

MCMC dalam kenyataan medianya berkata tindakan yang diambil itu bukan untuk menyekat kebebasan media tetapi bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab dan tanpa menyebarkan fitnah ataupun maklumat yang kurang tepat.

Katanya, sebagai badan kawal selia untuk industri komunikasi dan multimedia di Malaysia, MCMC bertindak di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(AKM 1998).

“Salah satu Matlamat Dasar Kebangsaan MCMC ialah untuk memberikan perlindungan kepada rakyat Malaysia daripada kandungan dalam talian yang memudaratkan, termasuk maklumat kurang tepat dan ucapan berbaur kebencian, serta melindungi integriti Raja Berperlembagaan dan institusi demokrasi dengan penghormatan daripada sebarang percubaan untuk mencetuskan
kebencian atau penghinaan,” memetik kenyataan MCMC.

Menurut kenyataan dikeluarkan Komunikasi Korporat MCMC, salah satu tanggungjawab utama MCMC ialah untuk mencegah penyalahgunaan platform dalam talian untuk melakukan kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.

Dengan peningkatan penyebaran maklumat dalam talian, terdapat peningkatan dalam pelaporan yang tidak bertanggungjawab dan tidak tepat.

Terdahulu NGO antara Reporters Without Borders (RSF) telah membuat kenyataan terbuka menerusi laporan bertajuk ’RSF denounces arbitrary suspension of news websites critical of the government’.

Ia berkisar gesaan RSF supaya pihak bertanggungjawab menghentikan sekatan terhadap laman web berita dalam talian di negara ini.

Menurut Pengarah Biro Asia-Pasifik RSF, Cédric Alviani, dalam satu kenyataannya berkata kebimbangan mereka dengan gelombang tanpa penjelasan menyekat laman web berita yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia.

Tindakan seperti itu katanya hanya akan memudaratkan demokrasi di Malaysia.

Sejak Jun, beberapa laman web disekat termasuk MalaysiaNow, UtusanTV dan TV Pertiwi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments