Rizman Ruzaini dan pasangan selamat diijabkabul

0

Pereka Fesyen terkenal, Rizman Nordin mengakhiri zaman bujang dan memilih Nurida Suraya sebagai pasangan hidupnya.

Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat diijabkabul pada pagi Jumaat di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Sama cantik dan sama padan, ke dua-dua mempelai memperagakan busana serba putih.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya ramai selebriti, sahabat handai dan netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua hingga ke Jannah.

Busana rekaan Rizman di bawah label Rizman Ruzaini menjadi pilihan selebriti terkenal tanah air antaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fasha Sandha, Ziana Zain,Hael Husaini dan ramai lagi.

 

Leave a Reply