Saturday, October 19, 2024
HomeBERITAProgram JCM diteruskan

Program JCM diteruskan

Masjid Kariah Kampung Galau Mertang, Seri Menanti, Negeri Sembilan menjadi destinasi piihan aktiviti kemasyarakatan Persatuan Jom Cuci Masjid (JCM) bagi kali ke-51.

Hampir 200 motosikal berkuasa tinggi diepaskan kira kira jam 7 30 pagi di Gerbang Bandar DiRaja Seri Menanti Ahad lalu bagi membuka tirai program JCM ke lima untuk tahun ini.

Peserta tiba di Masjid Kariah Kampung Mertang Galau, Seri Menanti, Negeri Sembilan kira-kira jam 8.40 pagi, selepas berkonvoi dan dihidangkan “Pulut Pusako Gulai Potai” sebagai pembuka selera sebelum memulakan aktiviti.

Peserta JCM serta penduduk serta AJK Masjid kemudian menunaikan solat Dhuha di masjid berkenaan.

Disusuli gotong royong membersih masjid, tanah perkuburan serta menanam pokok di perkarangan masjid bagi menambah keceriaan dalam usaha untuk mengimarahkan masjid dengan menarik lebih ramai golongan muda.

Taman Rekreasi Bukit Jernih, Sungai Bukit Jernih menjadi saksi bagi Segmen “Bicara Santai” dikendalikan Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang juga Penasihat Sifu Bikerz bersama tetamu jemputan, Ust Khairuddin Muhammad, Imam Satu, Surau Al-Hidayah, Kg Selayang Indah, Selayang .

Menurut Ustaz Hanafiah Abdul Malek, yang juga Penasihat Sifu Bikerz, mereka gembira dengan sambutan daripada peserta sera anak khariah di situ.

“Sangat penting, program kemasyarakat dan keagamaan ini diteruskan, bahkan ditambah baik untuk menarik minat golongam muda, tambahnya lagi.

Pada sesi kali ini, tajuk ceramah adalah bermodahan RM50, dapt menunaikan

Program diteruskan dengan solat zuhur berjemaah di masjid kariah Mertang Galau.

Untuk makan tengahari ,peserta dijamu dengan Daging Salai Menagih, Meghotong Jumbang, Semilang Belado serta Sambal Daun Kayu yang disediakan penduduk kampung dan pastinya amat menyelerakan.

Program diakhiri dengan penyerahan sumbangan beras dan pebagai barangan sumbangan Pertubuhan Kebajikan RichWell serta set Al- Quran dari Warisan Ummah Ikhlas dan telekung serta set pengurusan jenazah dari Persatuan Jom Cuci Masjid.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments