Menerusi analisa carta muzik Gaon baru-baru ini, Twice dinobatkan sebagai artis Wanita Paling Popular tahun 2019.

Ini berikutan kumpulan K-pop berkenaan memegang rekod jumlah tertinggi jualan album paling banyak untuk tahun ini.

Twice telah memecah dua rekod dengan dua mini album berjudul “Fancy You” dan “Feel Special” dan album berkenaan melepasi jualan sebanyak satu juta.

Selain itu, di Jepun Twice melepasi rekod jualan bernilai 5 bilion Yen pada 2019 dan kumpulan itu menduduki tempat keempat keseluruhan dalam kategori Penjualan Artis Peringkat Tahunan Oricon ke-52.

Dalam pada itu, Twice dijadualkan akan melancarkan “repackage & Twice” pada 5 Februari dan menambah lagu baru berjudul “Swing” bersama dengan versi baru muzik video “Fake & True”.


Leave a Reply