Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAIbu bapa dan rombongan ditipu agensi pelacongan, hajat ke tanah suci tidak...

Ibu bapa dan rombongan ditipu agensi pelacongan, hajat ke tanah suci tidak kesampaian

Hati anak manalah yang tidak luluh melihat kegembiraan ibu bapanya diragut oleh penipuan sebuah agensi yang menjanjikan pakej umrah namun akhirnya menghilangkan diri.

Perkongsian pemilik akaun Twitter, Fyy di menceritakan penipuan sebuah agensi pelancongan yang telah menghilangkan diri bersama duit jemaah yang bakal ke tanah suci Mekah baru-baru ini.

Menurutnya, ibu bapanya bersama 260 orang jemaah lain yang berkongsi tarikh penerbangan yang sama telah ditipu oleh agensi pelancongan yang dikenali sebagai Masnizam Group Sdn Bhd.

Namun lebih mengejutkan pelakon Amyra Rosli dan Amar Bahrin sekeluarga mendapatkan khidmat agensi yang sama ketika kedua-dua pelakon berkenaan menunaikan umrah baru baru ini.

Fyy juga bertindak memuat naik foto orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan para jemaah, dan menurutnya orang terbabit merupakan pasangan suami isteri bernama Ustaz Nizam dan Ustazah Massuzah.

Kini segala ‘bebanan’ telah diletakkan di bahu Ustazah Massuzah kerana Ustaz Nizam telah melarikan diri bersama passport dan juga wang bayaran para jemaah.

Tambah Fyy lagi, setelah disemak kesemua para jemaah tidak didaftar dimana-mana hotel tiket penerbangan untuk urusan umrah meskipun wang telah pun dibayar.

Laporan polis mengenai kes ini juga telah dibuat malah Fyy turut mendapat info agensi ini pernah melakukan penipuan yang sama pada tahun 2017.

Perkongsian terbabit telah mendapat 11,800 tanda suka dan 21,500 diulang kicau dari warga Twitter setakat ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments