Kenyataan kontroversi Agnes Monica di program temubual di Amerika Syarikat baru-baru ini nyata mengejutkan para peminatnya.
Menerusi program temubual Build Series penyanyi bergenre pop itu mengakui bahawa dirinya bukan dari keturunan Indonesia tetapi mempunyai darah campuran Jerman, Jepun dan Cina.

“Saya sebenarnya tidak mempunyai darah Indonesia, saya sebenarnya berketurunan Jerman, Jepun dan Cina”.
“Saya hanya dilahirkan di Indonesia dan saya juga beragama Kristian. Majoriti di Indonesia adalah Muslim”, ujarnya ketika ditemuramah oleh pengacara program, Kevan Kenney.

Kenyataan itu dijawab oleh penyanyi berusia 33 tahun ini apabila Kevan Kenney bertanya soal kepelbagaian budaya di negara Indonesia.
Video YouTube yang tular di media sosial telah mengundang pelbagai persepsi dan kecaman orang ramai.

Pengguna media sosial Indonesia mengecam pelantun lagu ‘Tak Ada Logika’ dan menganggap Agnes Monica seakan lupa diri dan asal usulnya.

Penampilan Agnes Monica di program berkenaan adalah untuk mempromosikan single duet terbarunya ‘Diamonds’ bersama rapper antarabangsa, French Montana.

Leave a Reply