Kerana begitu meminati aktor popular menerusi drama bersiri Sweet Dreams yang telah mencetuskan fenomena di kalangan para penonton, seorang peminat Nur Fariza melukis sebuah potret wajah pelakon Ben Amir.

Karya seni potret yang dilukis oleh peminat setianya itu yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan sepenuhnya.
Beberapa foto Ben Amir yang dikongsi oleh adik Nur Fariza di media sosial bukan sahaja membuatkan warga maya terpegun dan kagum dengan bakat terpendam gadis berbadan kerdil ini malah ia turut menarik minat pelakon itu sendiri.
Potret pertama Kakak aku lukis. Angau sangat dah dia dengan Ben Amir ni, sampai ambil gambar pun tenung menongkat dagu siap ada halal gap. Korang tolonglah RT supaya ada tempahan potret orang lain pula. Dah muak aku kena hadap gambar Ben Amir je sejak 2 minggu ni. pic.twitter.com/2SZjFBin1B
— Ahmad Faiz (@faiztobeng) November 7, 2019
Setelah foto berkenaan tular, bekas finalis Hero Remaja tahun 2011/2012 telah berkongsi fotonya sambil memegang potret bersama keluarga Nur Fariza.
Ternyata pelakon dan model kacak ini menemui peminatnya untuk melihat sendiri hasil potret terbabit dan menyatakan hasrat untuk membeli potret yang dilukis oleh gadis istimewa itu.
It was great meeting you and your family!Percaya tak ni 1st portrait yang dia lukis? 2 minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben 😜We can do amazing things when we put our mind to it.Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Definitely will hang on my wall pic.twitter.com/MO2wzQ4eWY
— Ben Amir (@BenAmirr) November 19, 2019
Menerusi perkongsian di entri laman Twitternya, Ben Amir berharap agar kisah Nur Fariza dapat memberi inspirasi kepada masyarakat supaya terus berusaha dalam apa jua perkara yang diingini.
Pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini turut berjanji akan menggantungkan potret berkenaan di dinding rumahnya tanda menghargai usaha dan kebolehan peminat istimewanya itu.

Begitulah hebatnya kuasa viral hingga berjaya menemukan seorang pelakon popular dengan peminat setianya.
Semoga adik Nur Fariza berjaya dalam mengembangkan bakat seni lukisnya dan kepada pelakon Ben Amir, diharap sikap rendah diri dan menghargai peminat dapat dikekalkan walau berada dikemuncak populariti.

Leave a Reply