Pelik tapi benar.
Amalan dan latihan pengebumian untuk diri sendiri telah wujud dan dipraktikkan di Korea Selatan sejak tahun 2012.
Difahamkan, perkhidmatan ditawarkan secara percuma kepada orang ramai yang ingin merasai sendiri pengalaman di dalam kubur.
Dalam acaranya baru-baru lebih 25,000 orang telah mengambil bahagian dalam upacara terbabit.

Upacara diadakan bertujuan bagi memperbaiki kehidupan dengan melalui pengalaman di alam kematian secara nyata.
Para peserta yang menyertai upacara ‘pengembumian hidup’, diadakan di Hyowon Healing Center ini adalah dari golongan remaja sehingga warga emas.
Para peserta akan diberikan sepasang jubah pengebumian serta diminta untuk menulis coretan dan luahan hati masing-masing melalui surat terakhir.
Selepas itu, para peserta diminta untuk berbaring di dalam keranda tertutup selama 10 minit sambil memegang potret.

Kami difahamkan kebanyakan peserta yang turut serta dalam upacara ini adalah dikalangan mereka yang mengalami masalah kemurungan dan depresi serta mempunyai perasaan ingin bunuh diri.

Leave a Reply