Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAMPI anjur 'industry roundtable 2026', perhalusi cadangan resolusi industri media

MPI anjur ‘industry roundtable 2026’, perhalusi cadangan resolusi industri media

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini selesai menganjurkan Industry Roundtable 2026: From Insight to Action di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur yang menghimpunkan 25 ketua pengarang dan editor kanan media utama negara bagi membincangkan hala tuju serta cabaran semasa industri media.

Menurut Pengerusi MPI, Datuk Yong Soo Heong, sesi meja bulat itu diadakan bagi menghalusi dapatan serta cadangan resolusi yang dirumuskan menerusi siri Dialog Industri bertemakan Balancing Virality and Responsibility: Journalism Amid Speed, Trust and Impact yang berlangsung pada 15 dan 16 Jun lalu.

Beliau berkata, perbincangan terbabit berjaya menghimpunkan pelbagai pandangan dan idea penting berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara bertanggungjawab, pembangunan bakat, kemampanan industri serta usaha memperkukuh masa depan media negara.

Katanya, resolusi yang dimuktamadkan hasil sesi meja bulat itu akan diserahkan kepada Kerajaan untuk pertimbangan dan tindakan susulan bagi memperkukuh ekosistem media, meningkatkan daya saing industri serta memastikan kewartawanan di Malaysia terus kekal beretika, dipercayai dan relevan dalam landskap digital yang semakin berkembang.   Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Ainol Amriz Ismail, dan Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Abdul Halim, bersama barisan ketua pengarang dan editor kanan daripada organisasi media di seluruh negara.–THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments