Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATok Det sokong kembalikan Peperiksaan Nasional, tambah baik kaedah pengajaran Guru dalam...

Tok Det sokong kembalikan Peperiksaan Nasional, tambah baik kaedah pengajaran Guru dalam Era AI

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyokong cadangan untuk mengembalikan semula peperiksaan peringkat nasional seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi memastikan mutu serta kecemerlangan pelajar terus terjamin.

Datuk Seri Mahdzir atau lebih dikenali sebagai Tok Det, turut menegaskan bahawa walaupun Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) dan kokurikulum yang dijalankan oleh guru mempunyai nilai tersendiri, negara perlu mengekalkan sekurang-kurangnya satu peperiksaan di peringkat nasional antara Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi menilai prestasi menyeluruh pelajar.

“Penilaian sekolah dan kokurikulum memang penting, tetapi saya percaya perlu ada sekurang-kurangnya satu peperiksaan di peringkat nasional untuk menilai prestasi keseluruhan pelajar,” katanya dengan tegas.

Selain itu, menurut beliau, walaupun sistem pendidikan negara kini berada pada landasan yang baik, kaedah pengajaran guru perlu ditambah baik agar selaras dengan perkembangan teknologi, khususnya penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam pendidikan.

 

 

“Ketika saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu, kita telah meletakkan asas yang kukuh dalam sistem pendidikan negara. Namun dengan adanya AI, kaedah dan pendekatan pengajaran guru perlu disesuaikan agar lebih relevan dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang ahli panel dalam Program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional (RIMBUN) 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Dalam Era AI dan Pemerkasaan Institusi Guru, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Program anjuran Pemuda UMNO itu turut menampilkan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang yang juga bekas guru, Datuk Mohd Sharizal Semsuddin, sebagai ahli panel.

–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments