KENINGAU, 24 September – Apa sudah jadi? Manusia yang pada hakikatnya, disulami dengan sifat kemanusiaan dan belas ihsan. Namun hari ini, kita diperlihatkan dengan manusia yang sudah tipis nilai kemanusiaan.
Apa tidaknya seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, hari ini.
Bayi cukup sifat itu ditemui orang awam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah kira-kira jam 1.05 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis.
“Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta,” katanya kepada media.
Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Difahamkan bayi itu dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Hospital Tambunan.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply