Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin, membayangkan kebarangkalian PRU 15 sudah semakin tiba memandangkan pihak pembangkang semakin terdesak untuk menang PRU 15 nanti.
Katanya bermula dengan hasutan turun ke jalanan, siri-siri laporan polis, kempen-kempen membenci kerajaan seperti yang dilakukan sebelum PRU 14, kini pihak pembangkang semakin agresif untuk merampas kembali kerajaan pada PRU 15 nanti.
“Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan berpesan kepada rakyat, agar tidak lagi termakan dengan janji-janji manis pembangkang, hasutan dan pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak pembangkang dengan menggunakan cybertrooper, mahasiswa mahasiswi pro pembangkang dan kumpulan-kumpulan yang sememangnya menjadi penyokong tegar pembangkang,” katanya kepada The Malaya Post.
Tambahnya lagi, mengambil contoh isu kenaikan harga barang, minyak dan krisis inflasi yang melanda seluruh duni yang sedang dimainkan pihak tertentu, mereka sendiripun tiada formula untuk menyelesaikannya.
“Saya tidaklah menyarakan bahawa kerajaan kini sempurna, tetapi kita harus bersyukur kerana kini, negara kita dipimpin oleh Barisan Nasional yang terpaksa mengambil alih tampuk pemerintahan PH yang porak peranda merebut kuasa dan gopoh membalas dendam kepada BN. Mereka bukan nak mentadbir negara dengan baik dan membantu rakyat, tetapi telah meranapkan kepercayaan dan peluang yang telah diberikan,” katanya.
Jelas beliau, walaupun BN tidak sempurna mana, rakyat wajib sedar, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan kini, sedaya upaya menstabilkan ekonomi negara dan pada masa yang sama, mengawal kadar inflasi yang telah menjejaskan ekonomi seluruh dunia.
Contohnya subsidi RM 77 billion dan pelbagai inisiatif dalam memperkasa bantuan sara hidup agar tiada seorangpun yang tertinggal.
“Saya juga menyarankan agar kerajaan dan BN jangan alpa dengan kuasa yang ada, sebaliknya gunakan kuasa yang ada dengan sebaiknya dengan terus turun ke bawah mempelbagaikan aktiviti dan sokongan ke segenap lapisan masyarakat,” katanya.
Justeru jelasnya jangan bagi ruang pembangkang menggunakan isu-isu lapuk dan memutarbelit kenyataan yang menyebabkan rakyat termakan dengan hasutan.
“Saya yakin dan percaya, PRU 15 nanti, sekiranya BN ingin mendominasi tampuk kepimpinan negara, jangan bagi ruang kepada PH dan Pembangkang memperdaya rakyat. Yakinkanlah rakyat dengan manifesto yang benar dan bukan retorik. Berlakonlah dan bantulah sebaik manapun, kalau ianya bukan benar, rakyat kini bijak dan tidak akan termakan dengan kata-kata serta janji yang tidak logik,” katanya.–THE MALAYA POST
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply