Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAUUM akan beri kerjasama, tidak sembunyikan sebarang fakta kejadian

UUM akan beri kerjasama, tidak sembunyikan sebarang fakta kejadian

Susulan kes kematian seorang penuntut Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pihak pengurusan UUM akan
memberi kerjasama sepenuhnya dan sentiasa melaksanakan sikap yang terbuka tanpa menyembunyikan sebarang fakta mengenai kejadian berkenaan.

Perkara itu dinyatakan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dalam satu kenyataan di Facebook rasmi UUM.

“Masyarakat di luar diminta untuk bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Tambah beliau, enam pegawai Suruhanjaya Tenaga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan di tempat kejadian siang tadi.

“UUM akan terus membantu dalam siasatan kes kematian pelajar tersebut kerana mendiang adalah sebahagian daripada keluarga besar universiti ini,” katanya.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, penuntut itu dikenal pasti sebagai S. Vinosiny, 21 dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat sawan.

“Walau bagaimanapun kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebenar penuntut terbabit dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya pada Selasa.

Terdahulu media melaporkan bapa kepada pelajar terbabit meminta penjelasan terperinci daripada pihak pengurusan universiti kerana mendakwa anaknya maut disyaki akibat terkena kejutan elektrik pada Sabtu lalu.

Lapor media, R Sivakumar mendakwa, dia melihat wajah dan tangan kanan anaknya mempunyai kesan terbakar selain dua jarinya berwarna ungu kehitaman ketika mayat mendiang di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

Malah, doktor turut memaklumkan bahawa punca kematian mahasiswa perakaunan berusia 21 tahun itu adalah kejutan elektrik.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments