Program anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu adalah platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan yang disediakan oleh Kementerian dan agensi.
Ia mencakupi Jabatan Kemajuan Masyaraka (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA Berhad dan Lembaga Kemajua Wilayah Kedah (KEDA).

Bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar serta pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply