Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swast, pada jam 12.23 tengah malam tadi.
Elly mengumumkan berita gembira itu melalui Instagramnya.
“Assalamualaikum… Alhamdulillah, Kak Lina selamat bersalin pada 23 Oktober 2021, jam 12.23 tengah malam tadi.
“Dengan ini, Kak Lina hendak memperkenalkan anak kedua, Haider Mateen Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider… Selamat datang ke dunia.
Alhamdulillah, Mama dan Haider sihat… Terima kasih atas segala doa,” luahnya.
Melalui entri itu, Elly 41, turut menzahirkan rasa syukur terhadap kurniaan Allah itu.
“Terima kasih abah, suami dan Manja jaga sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah, kita ada orang baharu. Bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah,” katanya.
Pelakon drama rantaian Kampung People ini berkongsi kisah menarik bagaimana suami, Mohamad Azlan Che Nuh serta kakitangan hospital membacakan surah Yasin sebagai ikhtiar memudahkan proses bersalin.
“Rasa terharu kerana sebelum bersalin, malam tadi, suami, Ummi dan jururawat membaca surah Yasin serta mendoakan semoga proses bersalin lancar dan dipermudahkan.
“Allah memang permudahkan. Syukur, cepat Haider hendak jumpa Papa dan Mama. Sangat sekejap (proses bersalin)… Alhamdulillah syukur,” katanya.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.
Elly dan Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply