Ini pula berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Hanya berbaki enam peratus sahaja lagi sebelum Malaysia mencapai 100 peratus golongan dewasa divaksin sepenuhnya.
Melalui unjuran dikeluarkan @JKJAVMY, Malaysia dijangka mencapai 100 peratus lengkap vaksin menjelang penghujung tahun ini iaitu pada 28 Disember atau 67 hari lagi.
Pada hari yang sama, lebih 90% penduduk dewasa Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.#LindungDiriLindungSemua
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) October 22, 2021
Setakat semalam, sejumlah 94.3 peratus rakyat dewasa berusia 17 tahun ke atas sudah lengkap divaksin manakala bilangan yang menerima satu dos adalah 97.3 peratus.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menerusi Twitter turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang bertanggungjawab melaksanakan program vaksinasi sejak Februari lalu.
Setelah 9 bulan beroperasi sehingga mencapai antara kadar vaksinasi tertinggi di dunia, mesyuarat terakhir Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dilaksanakan hari ini dipengerusikan bersama oleh YB Menteri MOSTI @DrAdhamBaba serta YB Menteri KKM @Khairykj pic.twitter.com/SvbRy8fTRI
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) October 22, 2021
Beliau berkata, CITF mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini dan proses vaksinasi seterusnya akan diletakkan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dengan hampir 95 peratus dewasa divaksin sepenuhnya, CITF mengadakan mesyuarat terakhirnya hari ini. Terima kasih kepada semua di CITF yang menjadikan PICK satu kejayaan.
“Vaksinasi seterusnya akan berada di bawah @KKMPutrajaya dengan CITF-A (remaja) dipengerusikan oleh @DrNoorAzmi (Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali) dan CITF-B (dos penggalak) oleh saya,” katanya.
Khairy turut memuat naik gambar bermesyuarat bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba.

Data COVIDNOW menunjukkan, golongan dewasa yang divaksin sepenuhnya adalah 22,084,594 orang, belum lengkap divaksin adalah 708,322 (tiga peratus) manakala 1,113,317 orang (4.8 peratus) tiada vaksinasi.
Sejumlah 48,673,215 dos suntikan sudah diberi kepada penduduk Malaysia dengan 235,607 dos harian disuntik.
Bagi dos penggalak, sebanyak 66,672 diberikan dengan 19,047 dos penggalak harian disuntik.
Data keseluruhan penduduk Malaysia yang lengkap divaksin adalah 71.8 peratus dan 77.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Twitter berkata, Malaysia terus meninggalkan Amerika Syarikat dengan kadar lebih 77 peratus vaksinasi berbanding 65 peratus di negara itu.
“Dengan kadar vaksinasi negara yang terus meningkat dengan pantas, Malaysia mula mengatasi Amerika Syarikat (AS) pada 30 Ogos bagi jumlah populasi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos.
“Sementara itu, menjelang Hari Kemerdekaan, semua negeri di Malaysia berjaya mencatatkan kadar 40 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi, iaitu nilai ambang yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara,” katanya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply