Berita pernikahan pelakon dan usahawan Fizo Omar dengan gadis pilihan hati, Fazeera Nazri menjadi tajuk utama di beberapa media massa hari ini.

Upacara pernikahan diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang kira-kira jam 10 pagi Khamis lalu.
Majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pasangan sama cantik sama padan ini tampil berseri mengenakan busana putih bersih.



Fazeera merupakan bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan dan berasal dari bumi kenyalang.
Dalam kemeriahan meraikan pasangan ini, tumpuan The Malaya Post terarah kepada reaksi bekas isteri Fizo iaitu usahawan Mawar Karim.
Menerusi satu petikan berita yang disiarkan sebuah portal mengenai pernikahan Fizo dan isterinya, Mawar Karim melalui akaun Fan Pagenya dilihat telah meninggalkan komen ringkas iaitu “K”.
Wah, ringkas dan mendalam benar ucapannya itu.

Apa ya maksudnya? Ok? Eh Ok lah kot ????…..
Komen Mawar itu mendapat ribuan tanda suka disamping maklum balas netizen yang menghiburkan ???? Eh, ok la, boleh la….

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kedua Fizo Omar.
Pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar berusia 36 tahun ini pernah bergelar suami kepada Mawar pada November 2013 sehingga 10 Julai 2019 apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia 4 tahun.
Kami warga kerja The Malaya Post mengucapkan tahniah kepada pasangan Fizo dan isteri. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost


Leave a Reply