Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA"Singsing lengan baju, bangun dari kerusi empuk" - Tun M

“Singsing lengan baju, bangun dari kerusi empuk” – Tun M

“Singsing lengan baju, bangun dari kerusi empuk”.

Demikian teguran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kepada kerajaan.

Tegas Tun Dr. Mahathir, kerajaan perlu menginspirasi keyakinan, memberi arah yang jelas, kestabilan politik dan komited terhadap visinya dalam proses pemulihan Covid-19 ini.

Tambah beliau tindakan-tindakan itu seiring usaha untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, inklusif dan lestari.

“Kita berada di titik di mana ‘buah mulut’ dan idea setengah matang tidak boleh dan tidak akan diterima.

“Kami mengharapkan kerajaan ‘menyingsing lengan baju’ mereka, bangun dari tempat duduk yang empuk dan mulakan bekerja,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup sempena Forum CEO 2021 Yayasan Kepimpinan Perdana secara maya pada Khamis.

Jelas Tun Dr. Mahathir tiga perkara penting yang perlu diberikan fokus oleh kerajaan pada waktu pemulihan ini.

Selain digitalisasi ekonomi, beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut menggesa kerajaan mementingkan sektor pendidikan serta arah tuju yang jelas dan kestabilan politik.

“Semangat rakyat Malaysia semakin lemah sejak dua tahun ini. Pelbagai sekatan pergerakan, SOP (prosedur operasi standard) yang mengelirukan, peningkatan jangkitan dan kadar kematian (COVID-19), semuanya telah mempengaruhi jiwa Malaysia.

“Daripada membawa kita keluar dari krisis, sebaliknya, kita diseret lebih dalam permasalahan ini,” katanya.

Tambah Tun Dr. Mahathir, rakyat tidak akan keluar daripada permasalahan impak pandemik sekiranya kerajaan gagal untuk bertindak secara bersama dan berterusan membuat keputusan demi keuntungan politik.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments