Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAVideo muzik terakhir gandingan Sidharth Shukla dan Shehnazz Gil mula ditayangkan hari...

Video muzik terakhir gandingan Sidharth Shukla dan Shehnazz Gil mula ditayangkan hari ini

Video muzik terakhir gandingan pelakon Bollywood Sidharth Shukla bersama teman rapatnya pelakon Shehnazz Gill mula disiarkan di laman media sosial hari ini, sehari lebih awal dari rancangan asal.

Memetik laporan India Times Portal, lagu ini pada asalnya diberi nama ‘Habit’ atau ‘Kebiasaan’ namun ditukar kepada ‘Adhura’ atas permintaan peminat.

Klip Shehnaaz menyanyikan lagu diselang-seli dengan momen terakhir mereka bersama berlatar belakang tepian lautan sangat menyayat hati penonton, peminat Sidharth terutamanya.

Untuk rekod, kedua mereka mulai rapat apabila terlibat dalam satu rancangan realiti televisyen India berjudul Bigg Boss musim ke 13.

Keakraban dan keserasian pasangan ini membuatkan penonton menyangka mereka bercinta sehinggakan wujud tag #SidNazz, namun dinafikan keduanya.

Hubungan rapat berterusan walaupun setelah tamat rancangan Big Boss. Mereka terlibat dalam beberapa projek hiburan bersama. Malah Shehnazz juga dilihat sangat rapat dengan ibu dan keluarga Sidharth.

Terdahulu, The Malaya Post pernah melaporkan pemenang Big Boss 13 ini meninggal dunia pada usia 40 tahun 2 September lalu dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, peminat dilihat beremosi dengan menyatakan kesedihan apabila klip video ini disiarkan. Mereka turut berkongsi ucapan dan memberi penghormatan di atas ‘hadiah istimewa’ terakhir dari Sidharth ini.

Turut menerima simpati ramai pastinya Shehnazz Gill kerana kehilangan teman tersayang. Peminat dilihat tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan sokongan kepadanya agar tabah menerima ketentuan dan terus bangkit meneruskan perjuangan.

Kali pertama Shehnazz muncul di khalayak untuk tujuan promosi filem terbarunya, Honsla Rakh pada 8 Oktober lalu. Jelas terpancar pada raut wajahnya yang masih bersedih, namun tetap memberi kerjasama dan tenang menjawab soalan wartawan.

Kami kongsikan klip video ‘Adhura’ buat tontonan peminat Bollywood dan Sidharth khasnya. Pastinya, lakonan mantap Sidharth Shukla menerusi Balika Vadhu, Broken But Beautiful 3, Humpty Sharma Ki Dulhania dan Soorma ini akan terus tersimpan rapi dalam kenangan peminat.

THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments