Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Eh!
Cakap-cakap di Twitter kecoh dengan gosip mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dikatakan sudah bernikah dengan primadona cantik, Erra Fazira.
Dari risikan The Malaya Post, berita ini mula tersebar sejak Jun lalu apabila seorang wartawan hiburan mula memuatnaik status mengenai hubungan cinta Erra Fazira dengan seorang Menteri dari Utara.
dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini kedua kepada Faizal Azumu. bini pertama tahu tak tu?🤭
— ąცąɱ ƙųɱıʂ (@abam_kumis) October 10, 2021
Haaa, netizen dah dapat topik, pantas aje jari-jemari menaip pandangan masing-masing, ada juga yang petik sumber yang boleh dipercayai.


Haa bukan setakat itu, ada juga yang mula buat gerak kerja menyiasat kesahihan berita ini.
Terus aku scroll following dia weh. Celeb ada erra je! Following erra pon ada peja 😭😭😭 what is this behaviour?? https://t.co/yKGWgbGLaW pic.twitter.com/tw8igssnWi
— ajibonbonn (@jibboi) October 10, 2021
@wan_zer0 @mohdfaizalali @zirull saya ada satu rahsia . Peja suka erra omaigodomaigomaigod I'm freaking excited to tell evryoneeeeeee !!!!!!
— Azim Irfan (@azimirfann) October 7, 2012
Kenapa orang kaitkan Erra dengan Peja ni? I terlepas gossip baru ke 😂
— Nabila Ghaffar (@nabilaasyqin) August 29, 2021
Erra fazira kawan ngan peja hahahaha https://t.co/xyu1XrEAnr
— Saya jual choco tub leleh 🤤 (@cikjabel) June 14, 2017
Untuk rekod, Erra Fazira, merupakan ibu tunggal kepada seorang cahayamata iaitu Engku Aleesya, 12, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami perkahwinan keduanya, Engku Emran.
Mereka diijabkabulkan pada 2007 namun berpisah pada 2014.

Terdahulu, pemilik nama Fazira Binti Wan Chek berusia 47 tahun ini pernah bergelar isteri kepada pengarah, penyanyi dan pelakon Dato’ Yusri Abdul Halim selama tiga tahun (2003-2006), namun tidak dikurniakan anak.
Setakat ini, belum ada reaksi balas daripada pihak Erra mahupun Dato’ Seri Ahmad Faizal.
Sejauh manakah kebenaran berita ini? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply