Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA9,751 kes Covid-19 baharu dilaporkan hari ini

9,751 kes Covid-19 baharu dilaporkan hari ini

Sebanyak 9,751 kes Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif individu dijangkiti virus berkenaan mencecah 2,323,478 kes.

Selangor kembali menjadi negeri tertinggi iaitu 1,796 kes, diikuti Sarawak (1,339) dan Kelantan (1,052).

Turut mencatat kes baharu ialah Johor (864), Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (633).

Ia termasuk Kedah (578), Pahang (551), Kuala Lumpur (313), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Perlis (94), Putrajaya (45) dan Labuan (dua).

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments