UMNO Melaka mengalu-alukan kerjasama Perikatan Nasional dan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat peringkat tertinggi UMNO dalam waktu terdekat.
“Kami di Melaka mengalu-alukan parti BERSATU, PN untuk bekerjasama dengan kita, saya akan bawakan perkara itu ke peringkat atasan untuk buat keputusan, pada saya, tiada masalah untuk kerjasama Melaka”, katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Menurut Datuk Seri Rauf, apa yang penting adalah kemenangan parti dan UMNO sedia berunding.
Semalam PN Melaka dalam satu kenyataan bersama parti gabungan berkata sedia mengadakan rundingan dengan UMNO untuk berdepan PRN akan datang.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ia bagi mengelakkan berlaku pertembungan tiga penjuru di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sebelum ini disokong oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan seorang wakil rakyat Bebas.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply