Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPN Melaka kesal dan kecewa atas krisis politik, pembubaran DUN Melaka

PN Melaka kesal dan kecewa atas krisis politik, pembubaran DUN Melaka

KUALA LUMPUR 5 Okt 2021 – Perikatan Nasional Melaka kesal dan kecewa atas krisis politik serta pembubaran DUN Melaka yang tercetus di Negeri Melaka ekoran daripada kemelut percaturan politik yang berlaku ketika ini.

Menurut satu kenyataan bersama ketua-ketua parti dalam PN, PN Melaka berpendirian, segala fokus ketika ini harus diberikan kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara & Negeri Melaka daripada pandemik Covid-19.

“Kita sedia maklum, proses pemulihan negara & Negeri Melaka sedang berjalan dan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini yang dipimpin oleh Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yassin, kini sudah mula menampakkan hasil & tanda-tanda positif kepada negara & Negeri Melaka.

“Proses pemulihan negara dan Negeri Melaka ini tidak harus terganggu disebabkan tindakan sesetengah pimpinan & parti politik yang meletakkan kepentingan peribadi &kuasa melebihi nyawa, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat Melaka.

Menurut kenyataan itu, PN Melaka bersependapat dengan majoriti rakyat Melaka bahawa ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan Pilihanraya Negeri di Melaka”, merujuk kenyataan bersama itu.

Namun, bagi menghormati proses demokrasi, perlembagaan Negeri Melaka & keputusan yang telah dibuat oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, PN Melaka akan menyertai Pilihanraya Negeri Melaka yang tarikhnya akan ditentukan oleh pihak SPR dalam masa terdekat

“PN Melaka berharap agar rakyat Melaka dapat memberi peluang dan sokongan kepada Parti Perikatan Nasional pada PRN Melaka kali ini bagi
meneruskan usaha-usaha & langkah-langkah pemulihan Negeri Melaka daripada pandemik Covid-19”, memetik kenyataan itu lagi.

Kenyataan bersama itu membabitkan Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, Datuk Ustaz Kamaruddin Sidek

Ia termasuk Naib Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Pesuruhjaya PAS Melaka, Dato’ Seri Michael Gan Peng Lam dan Naib Pengerusi Perikatan Nasional Melaka serta Pengerusi Gerakan Melaka.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments