Lima negeri menyaksikan pencapaian tertinggi suntikan mencakupi Labuan (77.6 peratus), Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus), Perlis (61.8 peratus) dan Melaka (59.4 peratus).

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berumur 12 hingga 17 tahun turut memberi perhatian kepada golongan remaja orang kurang upaya (OKU) di institusi atau pusat jagaan OKU berkediaman.

“Antaranya di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Institusi Pendidikan dan Remaja OKU terlantar di rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lapor Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) sebanyak 67,676 remaja OKU berusia 12 hingga 17 tahun berdaftar sehingga 31 Ogos lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost