Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau akan menubuhkan sebuah parti politik baharu dalam waktu terdekat.
Menurut Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad ketika dihubungi The Malaya Post mengesahkan ia adalah khabar angin.
“No comment to all, hanya khabar angin”, jawabnya ringkas kepada The Malaya Post.
Kepada soalan lain sama ada perkara itu pernah disebut dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, beliau enggan mengulas lanjut.
Terdahulu sumber The Malaya Post memberitahu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM itu dikatakan ada membincangkan isu penubuhan parti yang bakal diterajuinya dalam beberapa siri mesyuarat sejak dua bulan lalu.
Untuk rekod Datuk Zuraida Kamarudin adalah bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, dan kini adalah Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) setelah keluar PKR pada Mac 2020.–THE MALAYA POST

Leave a Reply