Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pembayaran duit i-Citra bagi bulan Oktober akan mulai dibuat pada 1 Oktober 2021.
Menurut KWSP dalam satu kenyataannya di Twitter, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dibuat dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank.
Bayaran i-Citra bagi bulan Oktober akan dibuat bermula 1 Oktober 2021.
#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/Jq8toUszfE— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) September 25, 2021
Manakala bagi bayaran i-Sinar bagi bulan Oktober pula, KWSP memaklumkan ia akan dikreditkan ke akaun pelanggannya pada 27 September lalu.
Bayaran i-Sinar bagi bulan Oktober akan dibuat bermula 27 September 2021.#kwspisinar #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/tsZ3lhrKzm
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) September 25, 2021
“Orang ramai yang memohon boleh menyemak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh juga hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848”, merujuk kenyataan KWSP.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply