Usia perkahwinan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K kini menginjak ke usia 15 tahun.

Sejak awal, Datuk K dilihat sangat romantik dan berlemah lembut dengan isterinya.
Terbaharu, Siti Nurhaliza menyahut cabaran ‘husband challenged’ dan berkongsi klip video tindakan spontan suami di platform Instagram peribadinya.
Menghulur tangan dan menanti reaksi, nyata Datuk K kekal romantik lalu membalas dengan ciuman. Alahai bersemutnya….. ????????????????.

Nyata respon romantik Datuk K itu berjaya meraih perhatian para peminat dan rakan-rakan selebriti. Yang belum kahwin jangan ‘jealous’ ya…????

Untuk rekod, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua Datuk K yang mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Hidup mereka bertambah bahagia dengan kehadiran dua cahayamata, Siiti Aafiyah, 3 tahun dan Muhammad Afwa, 5 bulan.

Ha! Anda dah cuba ‘husband challenged’ dengan si suami? Bagaimana pula reaksinya? Kalau dibalas dengan memberi wang pun bagus juga kan. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply